Pages

Sunday, 8 February 2015

Wang untuk Pendidikan Anak

Hai..hai..hai..
Rasanya ni 1st entry aku utntuk thun 2015 kn
Bukan apa, xtau nak share apa kt blog ni..
Td balik dari bank,tringat topik ni..

Mesti korang ada cara masing2 urus pendidikan anak untuk masa depan kan??
sbb living kos sngt tinggi sekarang

Sekarang anak aku umo 2 tahun, macam mana la kos 20 tahun akan datang
Tak terbayang kan..
Aku seboleh-bolehnya xnaK aku ambik loan pendidikan
Kenapa? sebab, lepas belajar mula keja dah kena tanggung kos belajar. siap dgn interest..

Contoh macam aku, masa mula keja dah beli keta. lepas 4 tahun beli rumah.
Tapi alhamdulillah, aku dapat scholar masa belajar (ps: bkn nak menunjuk@belagak).
So, 2 perkara ni shja hutang aku. xperlu tanggung kos pendidikan.
Masa aku belajar, member2 aku ambik PTPTN. 4 tahun (8 semester)belajar, RM3500 per semester.
So jumlah hutang RM28,000. (ni kos sehungga tahun 2008). Sekrang ni aku xtau la sama @ dah naik..
Bila dah abih bljar kena byr + interest..sngt byk hutang yg otomatik kena tanggung pas abih bljar..

Kalau boleh aku nk anak aku dpt scholar jgk..tp kita xtau kn rezeki dia mcm mn..
Persaingan makin sengit..

So apa persediaan korang? ada macam2 cara kn?

Aku nak share apa yg aku tahu, pk & buat untuk anak aku

Aku pilih yg ni..

Aku tak brapa gemar ambik insurans pendidikan.Kenapa?
1.Aku betui2 tak reti pasai insurans pendidikan
2.AKu tak tau macam mana kira amaunnya
3.yg aku tau bkn 100% kita dapat

So,aku memilih saving yg biasa.

Macam mana aku kira?

Contoh:
Deposit mula : RM500(sedekah masa anak lahir..hihi..)

Keuntungan & Bonus tabung haji:6% (setahu aku tabung haji bagi tak pernah kurang 6% malah lebih)
Tempoh: 20 tahun (andai anak masuk universiti/kolej umo 20tahun)

Andai kata tiap2 tahun dia dapat duit raya RM300.so aku devide 12bulan (RM300/12bln= RM25)

Saving bulanan: RM50 (cukup ler tu nak ye..hihi)+ RM25 = RM75

Lepas 20 tahun, kita boleh dapat RM36k++..(pakai calculator online je)


Apa yang penting:
1.kita sendiri kena disiplin untuk saving dlm akaun anak
2.Bila dpt duit raya, jgn ajar untuk anak spend duit, tp perlu train anak untuk saving.
3.Jgn ambik langsung spngjang tempoh. umpama simpan sikit2 lama2 jd bukit.kalo kita tarah,so xjd bukit la.mcm mn dgn masa dpn anak nnt??

Ok,itu sja..