Pages

Saturday, 15 October 2016

Teratak Kasih : Pearl Grass Phase 2

Rumput kat rumah aku ada 4 fasa
Sebab? aku beli sikit-sikit
Korang tau kan, aku beli kat Sungai Buluh, pastu naik kereta lak..
Memang tak mampu nak beli banyak sekaligus..
Tapi bukan semata-mata g beli rumput..
Husband aku kena outstation, so dia singgah Sungai Buluh..

Ni Phase 2 : 28.8.2016
Kali ni beli 60 keping je..
Sekeping rumput mutiara RM1.10



Nanti Phase 3 & 4 aku combine je..sbb lupa nak ambik gambar..

Monday, 22 August 2016

Teratak Kasih : Pearl Grass @ Rumput Mutiara jadi pilihan

Asal laman luar rumah aku macam ni..

Pic kat atas kira elok jugak la, kalo tak, lalang lagi tinggi dari model 2 orang ni..haha..
Punya la tak semangat aku tengok bahagian luar ni..
Nak cantikkan kena ada modal..jadinya, bela je la lalang..

Hujung tahun lepas, kami dah upah orang ratakan longkang, sebab plan nak letak rumput..
Dalam bulan 10, bru la nampak kemas sikit
Aku ingat lepas je letak pasir nak tanam rumput cantik terus..tapi masa tu dah musim panas melampau
Pikir pikir balik, kalo tanam mau mati je semua pokok..
At the same time dok cari rumput murah..
Kat penang aku survey price
  •  Rumput karpet RM2.50 - RM3.50
  • Rumput mutiara @pearl - RM2.80 - RM3.50
Mahalkan..cuba kira kalo aku nak beli dalam 150 keping x RM3.00 = RM450
Actually, aku ni pesen nak cari mesti nak cari yang betul-betul murah & berbaloi..

Sama macam aku nak simen + ratakan tanah, even kerja tak banyak, kami carik jugak yang murah+berkualiti.. aku pernah dapat quoation RM4900 same work yang aku dapat dari sorang lg, guna kualiti barang yang sama just RM3,300. That why, kami suka survey dulu..

Biarlah ambik masa, tapi value for money..

Back to story..

Ni bila dah siap ratakan tanah

Selepas dekat setahun baru la letak rumput..
Sepanjang tempoh tu mmg berusaha main xbagi naik rumput langsung..
Cabut + racun

Awal bulan hari tu baru la aku pegi beli rumput..
Kat mana?yang pasti bukan kat penang
Kami beli kat Sungai Buloh, Selangor..
Tapi bukan beli sepenuhnya 
Bukan bawak balik naik lori @ pick up
Just pakai keta pesona kesayangan aku je..

hari tu, masa balik kampung husband kt shah alam, 
Trus kami plan g bli rumput..
Brapa aku dapat? ni ha, murah je..tempatnya sekitar hospital sungai buloh..lot tak ingat..
  • Rumput karpet - RM1.20
  • Rumput pearl - RM1.20
Murahkan..tapi aku tak beli semua skali..
1st trip beli 70 keping je
Kalo bawak balik 150 keping mau xbejalan keta aku
Rapat terus absorber gamaknya..
Demi menjaga kesihatan kereta aku, aku beli half dulu..

 Fasa 1 : 8.8.2016


Fasa belah sini belakang model tak siap lg..





Wednesday, 17 August 2016

Teratak Kasih: Rug sesuai untuk Hall

Selama ni aku ada letak kapet kat hall
Tapi saiznya tak sesuai dengan ruang

Aku ada tengok panduan kat sini, memang betul la tak sesuai

Kedudukan kapet aku sama macam yang "salah" kt atas tu

Ni haa..

Nampak tak..kecik benor kan..

Aku ada pegi Karpet Prima yang kat Nilai ,N.Sembilan masa sebelum raya
Tengok kt fb, kata macam murah sangat
Masa kat sana pn macam nak beli, sebab berkenan sangat
Tapi bila pikir kalo bawak balik Penang mau penuh keta
Tambah balik raya, memang penuh la keta
Nak sedap hati, aku n husband, bincang-bincang kami decide pegi kedai kat Penang pun not bad jgk
Harga pun boleh kurang banyak

Lepas raya, husband aku ada ajak g tengok2 kapet..
Kot2 ada design baru..cantik2
Sebenarnya, nak compare harga..kalo berkenan design & harga baru beli


Bila sampai, trus aku terpandang karpet ni..kale pastel favorite aku lak tu
Harga pun lebih kurang kat Karpet Prima aku pegi ari tu..
mean tak menyesal la tak beli hari tu..Hahahaha..
Design pn lagi cantik..
Aku macam biasa la..suka sangat ngan design2 turkish ni..

Terus tukar plan dari survey ke rembat terus..


 Rasa luas sikit ruang tamu bila letak rug yang sesuai..

Cuma tengah pikir, nak letak coffee table ke tak je..sebab sayang ruang yang luas tu..

Saturday, 6 August 2016

Gadget Perempuan : Philips Steam Iron sbg org gaji

Actually dah beberapa bulan jugak aku pakai "orang gaji" ni..tapi hari ni baru berkesempatan nak bercerita
Niat bukan nak menunjuk-nunjuk ye..
Aku just nak share experience.. bila aku guna Steam Iron..aku beli jenama philips
Aku beli bukan under Amway..
Best sangat pakai benda alah ni

Sebelum beli
Pandangan suami - Iron je sampai RM1k lebih..membazir je tak berbaloi langsung..banyak sangat duit, baik beli benda lain..

Pandangan aku - macam best je tengok orang pakai, tapi betul ke senang nak iron? Cepat lak sbb iron sebelah je..Tapi bila pikir mahal kot..(takut menyesal kalo beli nanti suami cakap "ha tu la kan, tak nak dengar cakap suami ") pedih kalo dia kuar ayat macam tu..haha

Ha..berpuluh kali aku pikir nak beli ke tak.. last,aku decide jgk nak beli RM8xx. Letih nak mengiron baju.. Kalo beli amway punye RM13xx include board.. Survey merata tapi tru online je la..Kalo kat kedai, harga lebih kurang amway jgk la.. Aku beli tru ig ukshop4malaysia . Dia orang penang, so, aku xyah tanggung postage..

Selepas beli
Pandangan aku - wow bestnya, memang senang keja aku..iron sebelah je..aku penggemar baju material cotton. even cotton pn iron sebelah je..pastu kain material crepe, lagi 1 pasal..susah nak iron..kedut xnak hilang..pakai orang gaji ajaib ni 

Pandangan suami - kalo iron lain malas lah dia nak iron..nak pakai iron kt rumah kita je..cepat sikit,senang nak iron (ayat ni kuar masa kat rumah mak)..apa lagi sedap je aku perli en suami balik, haa tu la..dulu org nak beli x nak support langsung..haha

 Aku memang support sapa2 yang tengah pikir nak beli ke idak..sangat menjimatkan masa
1 jam aku boleh siapkan 5pasang baju kurung, 5 kemeja suami, 5 shawl aku..
Sangat sesuai pada wanita bekerja plus anak-anak ramai sekolah..

  

Monday, 1 August 2016

Kids Gadget : Beli basikal

Hari ni aku nak cerita bab anak aku..
Anak-anak aku ni setiap kali balik rumah mak aku, mesti nak rembat basikal sepupu dia..siap berebut plak tu..
Dulu aisyah je sorang dok rembat, sejak-sejak aisy pandai naik, dia skali dok berebut..
Dah ada 1 je, mmg la berebut..
Bukan aku xnak beli, nak beli kena beli 2 skali...kalo beli 2,mak paknya kena bajet2 gak la..
G survey kdai baby, basikal utk 2-3year pn dah RM189.
Kalo utk 4-5-6 year lak mau dalam RM250..

Campur kurang2 kena ada RM400 jgk..
Tambah lak lepas raya, lagi la nak kena bajet..haha..

Dgn anak pn nak berkira kan..haha..mesti la..
3,4 kedai jgk aku masuk..semua lebih kurang ja..

Last membe aku cakap cuba hg p kt Kelang Lama, Kulim..
Tapi memang betul la murah..
AKu dapat utk 2-3y RM90 -100 utk tayar mati. Mean tayar yg tak kena pam.
Pastu utk 4-6y  boleh dapat RM160 - RM200..
Aku pg lepas habis keja..

Wekend tu trus husband aku ajak g bli..Memang kena beli terus la..anak aku dua2 suka sangat rembat basikal org..mmg la sepupu, tp x syoq la jgk..


Lupa plak aku nak snap pic kedai ni..Senang je nak cari kedai ni..Betul-betul simpang Kelang Lama, Kulim.. ni je gambr aku google..banyak betul basikal kt sini..


Wednesday, 24 February 2016

Shopping :: Pinggan Mangkuk Seramik Miyao Toki

Rasanya bila aku sebut Kilang Pinggan Mangkuk Miyao Toki ni semua warga kulim dan  seberang Perai dah biasa dengar kot
Tapi aku nak share jugak la..kot-kot ada orang macam aku ni
Dah lama penah dengar tapi tak penah pegi

Actually, kilang ni terletak di Kulim, Kedah..
Even aku keja dah dekat 4 tahun kt Kulim ni, baru 2nd time aku pegi

Pada aku murah la..
Pinggan mangkuk standard hotel
Tapi yang reject punya
Bila tengok aku tak tau macam mana yg depa kata reject
Tengok semua cantik kemas je
Bukan la smpai sumbing semua

Kalo orng yg tak berapa nak kesah macam aku ni ok la
Kalo anak bagi pecah pn tak la rasa terkilan sangat
Pinggan pun cantik..

Aku pg shopping time break..
Sanggup tak pg lunch sbb nk p shopping
Perempuan sangat keeen..


 Harga yg murah bagi aku RM5 ke bawah
Tapi kalo ko nak lg murah ko tunggu la time happy hour
Pinggan mangkuk harga dalam RM4-5 blh dapat dalam RM1-2 je..

Korang jgn risau..
Tempat ni buat sale 4kali setaun..
Ni la pic kt kilang Miyao Toki


Ni yang mahal sikit RM5 ke atas

 Happy shopping!!

 







Wednesday, 27 January 2016

Teratak Kasih :: Angan-angan Gazebo

Gazebo..Pergola..wakaf dan seumpamanya..
Aku pn tak tau nama yang betul..


Tajuk pun aku dah bagi angan-angan kan
Dah tentu blum pasti beli ke tak

Pk banyak kali gak nak beli gazebo ni

Kalo letak sebelah porch pun cantik kn

Duit pn mesti cantik..

Aku cakap kt husband, ada tgk kt fb

Fb Adam Gazebo
 


Tempat tu pn area utara jugak which is kt baling, kedah
Then, dia plak beria nak p tgk..
Try call, orang tu pun suggest mai tengok dulu, boleh bincang-bincang tengok macam mana
Location tu pn tak jauh dalam 1jam setengah pn blh sampai dari Kepala Batas-Kupang,Baling


Ni haa bengkelnya.. rupa tempat penghasilan benda ni


Aku berkenan, pic yang oang ni post


Angan-angan trus jd kenyataan bila p tgk, hasil & harga yg mampu milik..
Bincang-bincang dia bagi harga yang mampu milik sangat..


Boleh tempah tanpa deposit..
Setle payment bila dah siap pasang
Harga kt sini pn RM2xxx..

After 1 bulan dia datang pasang
memang aku request nak hujng bulan 2..sebab kami x siapkan tapak lagi..

Ni lah yang aku tempah & siap pasang






Tuesday, 26 January 2016

Teratak Kasih ::Projek Luar Rumah

Kali ni aku nak cerita bahagian luar rumah aku ni lak..
Rasanya sebelum ni aku x penah cerita pun..
Rimas rasanya bila semua lambat nak siap..

Ni belakang rumah aku
Belakang ni aku plan nak simen je

Then, yang belah tepi rumah ni sampai sebelah garaj nak ratakan tanah & pasir
 

Batu2 kecil agak banyak, sian anak2 aku, tak boleh nak lari-lari..
Sakit mata tgk batu2 saki baki bina rumah
Ngn rumput penuh..
Kalo rumput cantik xpe, lalang suma ada

Aku dah carik kontraktor..
Disebabkan bajet rendah kna la carik tukang yg biasa2 je
kena tunggu lama lak tu..sanggup jgk la tunggu..
Rasanya sebulan lebih dok tunggu q

Nak kata sikit, tak sikit jgk la..
1. Belakng rumah - letak simen tinggi 1 kaki, lebar 25 panjang 12
2. Ratakan tanah & letak pasir - dari halaman depan smpai belakang
3. Depan rumah - letak simen habis

Dah setle part ni nnt baru blh nak carik rumput cantik..
Angan-angan nak letak gazebo..blh wat rehat-rehat..tgk anak-anak main
Nak hias halaman aku ni..