Pages

Monday, 22 August 2016

Teratak Kasih : Pearl Grass @ Rumput Mutiara jadi pilihan

Asal laman luar rumah aku macam ni..

Pic kat atas kira elok jugak la, kalo tak, lalang lagi tinggi dari model 2 orang ni..haha..
Punya la tak semangat aku tengok bahagian luar ni..
Nak cantikkan kena ada modal..jadinya, bela je la lalang..

Hujung tahun lepas, kami dah upah orang ratakan longkang, sebab plan nak letak rumput..
Dalam bulan 10, bru la nampak kemas sikit
Aku ingat lepas je letak pasir nak tanam rumput cantik terus..tapi masa tu dah musim panas melampau
Pikir pikir balik, kalo tanam mau mati je semua pokok..
At the same time dok cari rumput murah..
Kat penang aku survey price
  •  Rumput karpet RM2.50 - RM3.50
  • Rumput mutiara @pearl - RM2.80 - RM3.50
Mahalkan..cuba kira kalo aku nak beli dalam 150 keping x RM3.00 = RM450
Actually, aku ni pesen nak cari mesti nak cari yang betul-betul murah & berbaloi..

Sama macam aku nak simen + ratakan tanah, even kerja tak banyak, kami carik jugak yang murah+berkualiti.. aku pernah dapat quoation RM4900 same work yang aku dapat dari sorang lg, guna kualiti barang yang sama just RM3,300. That why, kami suka survey dulu..

Biarlah ambik masa, tapi value for money..

Back to story..

Ni bila dah siap ratakan tanah

Selepas dekat setahun baru la letak rumput..
Sepanjang tempoh tu mmg berusaha main xbagi naik rumput langsung..
Cabut + racun

Awal bulan hari tu baru la aku pegi beli rumput..
Kat mana?yang pasti bukan kat penang
Kami beli kat Sungai Buloh, Selangor..
Tapi bukan beli sepenuhnya 
Bukan bawak balik naik lori @ pick up
Just pakai keta pesona kesayangan aku je..

hari tu, masa balik kampung husband kt shah alam, 
Trus kami plan g bli rumput..
Brapa aku dapat? ni ha, murah je..tempatnya sekitar hospital sungai buloh..lot tak ingat..
  • Rumput karpet - RM1.20
  • Rumput pearl - RM1.20
Murahkan..tapi aku tak beli semua skali..
1st trip beli 70 keping je
Kalo bawak balik 150 keping mau xbejalan keta aku
Rapat terus absorber gamaknya..
Demi menjaga kesihatan kereta aku, aku beli half dulu..

 Fasa 1 : 8.8.2016


Fasa belah sini belakang model tak siap lg..





No comments:

Post a Comment